Sunday, January 30, 2011

Hujan yang turun...

Hari ni dr pagi smp skrg hujan masih turun....walaupun xlebat, tapi xberhenti-henti...Mase aku tgh tdo td, aku xsgka aku boleh menangis...Mungkin aku terlalu sedih sebab tulah aku boleh menangis time tdo...The reason aku sedih sgt adalah disebabkan gambar2 cupcakes aku n gmbr2 masakan mase aku pergi berkelah last week hilang....sedih sgt aku rase....
bukannye senang aku nak buat semua tu...dah la my first class attend cupcakes kelas....tetibe aku terase sgt letih...letih sgt2....dh lame aku xnangis mcm tu...

Saturday, January 29, 2011

When its raining.....

Around 6pm tadi...sepatutnya aku bersiap2 utk pg ke Putrajaya Twilight Challenge 2011...perut aku tibe2 rase pedih...tgh hr td lepas makan aku rase mual....mase tu aku terfikir...mesti gastrik aku dtg balik....sbbnya, lately ni aku dh kurang jaga timing mkn....aku mkn bile time aku btl2 lapar....huhu...
Yang membuatkan aku lemah utk berlari pd ptg/mlm ni...sbb hujan...petang td hujan agak sedikit lebat...aku jd lemah dgn hujan....aku teringat mase aku join Penang Bridge Marathon last year....tgh syok2 lari atas jambatan, hujan turun dgn lebatnya....aku push diri aku lari hingga garisan penamat...sbb target aku aku nak dpt medal...jauh2 aku dtg dr kl smp ke penang, then xdpt medal...ape kes....hujan lebat sgt mase aku btl2 atas jambatan...mase tu around kul 3.50 or 4.00 am....
hbs semua basah...baju, tudung, kasut, seluar...kamera aku smp berwap sbb kene hujan...nasib xrosak lg time tu...rekod aku hbs hancur....kaki kanan aku cramp....ankle aku sakit sgt....aku push jgk utk smp garisan penamat.....akhirnya pukul 7 brlah aku smp ke garisan penamat...rase nak menangis time tu...dgn kaki aku skt giler...balik2 rumah, aku tgk kedua2 paha aku melecet...rupanya sgt2 horror....

aku balik naik flt dgn keadaan yg begitu azab....kaki aku skt sgt...dgn paha aku yang melecet...ptg tu aku terus pg klinik sbb xtahan skt....hampir seminggu jgk aku menderita kesakitan di celah paha ku...aku kene pakai ankle support utk pulihkan semula kakiku....
aku berehat almost 2 month kot sblm aku start lari semula....tu pn masih rase kesan2 di lutut kanan aku....mlm ni aku dh burn satu event...pttnya aku lari 11 km this night for comeback....ape dh jd dgn aku sbnrnya??

Friday, January 21, 2011

Aktiviti di kala cuti

Esok aku akan attend my first cup cakes kelas di Saujana Putra....Dah lama aku teringin nak attend kelas ni...Harap2 ilmu yang aku akan belajar nnt dptlah digunakan sebaik2nya...

Cuti Thaipusam 20 Jan 2011...Aku pergi berkelah di Sg Tekala, Hulu Langat dengan temanku. Orang datang pagi2, aku dh nak ptg br nak sampai...Yelah dgn kwn aku OT lg semalam..kenelah tggu dulu...lagi pun, akulah yg kene sediakan bekal2 utk ke sana...Aku buntu sgt ape yg aku nak buat smlm....Last2 hasilnya, aku buat Kebab Ayam yang cucuk2 lidi tu, Black Pepper Chicken Roasted, Coleslaw, Chicken Patties utk makan dgn Lebanese Wrap Kebab. Byk jugak menu aku buat..Terkial2 la dari pg buat keje sorg2...tp aku puas hati jugaklah dgn hasilnya...aku dh semakin pandai buat black pepper chicken roasted...

Gambar aku terpaksa upload kemudian sbb camera aku dh rosak...aku dh pg hntr kedai utk repair...skali kos RM240...so i'm decide to buy a new camera. Gambar2 hasil masakan aku ni ade di hset kwn aku tu...lepas dh puas mkn, kwn aku rase nak terjun dalam air pulak...aku mula2 xbercadang nak mandi...dh alang2 datang last2 sekali aku pn terjun jugak...dh lame aku xmandi air sungai/air terjun nih...tp mandi pn xlama...xpe, next time aku dtg lg.....

Sunday, January 16, 2011

Expedisi ke Gunung Kinabalu - Part 1

6 Mei & 7 Mei 2010

Aku terpaksa skip entry bulan 4 sebab aku online dari luar sekarang ni...so aku xnak buang masa, aku nak upload blog aku dengan ape yang ade dalam thumdrive aku ni la....

Setelah 4 tahun aku menunggu, akhirnya tibalah saat yang aku nanti-nantikan....Mount Kinabalu is waiting for me....Trip aku bermula 7-10 Mei 2010, tapi aku extend sampai 13 Mei...dah alang2 sampai Sabah, so aku amek la cuti lame skit...Nak berlibur bersama orang tersayang......

6 Mei aku dah gerak ke Kota Kinabalu naik flight pukul 7.45 malam bersama dengan kawan ofisku...Aku pegi awal sehari dari team member yang lain. Malas nak berebut-rebut keesokkkannya..Lagipun aku ade tempat untuk menginap nanti. Flight ke Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit.Aku hanya berborak-borak dan tidur di dalam flight tadi.  Dalam pukul 10.15 kami sampai ke KKIA 2 atau Kota Kinabalu International Airport. Ini adalah kunjunganku yang ketiga ke Kota Kinabalu. Kali terakhir adalah pada tahun 2009.

Best friend aku, Imah bersama familinya menjemput kami di airport. Sejurus lepas itu, kami singgah ke kedai makan untuk dinner. Perut masing-masing dah kelaparan. Lepas dinner, kami bergerak pulang ke rumah kawan aku di Putatan. Hanya 15 minit dari airport. Kawan ku yang kepenatan dah tidur. Aku pulak masih leka berborak bersama best friend ku. Lama tak jumpa katanya. Ada saja benda nak borak. Sampai sudah pun tak habis.

Keesokannya 7 Mei 2010, kami bangun awal. Solat subuh semua, makan breakfast. Aku repack balik pakaian dan barang-barang yang nak dibawa ke Kundasang. Yang lain-lain boleh tinggal di rumah yer. Lepas tu kami keluar ke pekan Kundasang untuk membeli ubat-ubatan, ubat pening dan muntah, garam ORS. Lepas tu kami lunch siap-siap sebelum ke airport. Last flight yang sampai dari Kuala Lumpur, pukul 12.30 tengah hari.

Lebih kurang pukul 1 lebih, kami mula bergerak meninggalkan airport menuju ke Mersilau. Aku tak perasan yang aku ada tertinggal sesuatu di rumah Imah masa ni. Benda penting pulak tu.

Perjalanan ke Mersilau mengambil masa lebih kurang 3 jam dari Kota Kinabalu dengan menaiki van. Sebab trip ni ramai, kami guna 3 biji van untuk ke Mersilau.

Jalan menuju ke Mersilau boleh tahan hebatnya. Macam ular kene palu. Dah la driver bawak laju, shiu-shiu potong sana sini. Seriau perut aih. Kami yang kat belakang ni dah start mabuk-mabuk. Makan asam, bubuh minyak angin .Di pertengahan jalan, hujan turun separa lebat...Dalam hati aku dah risau, macam manalah kami nak mendaki esok kalau hujan macam ni...Sebenarnya normal la kat area2 gunung ni kalau hujan...maklumlah, gunung kan tinggi, bila awan berat lalu, langgar gunung, hujan pun turunlah...Ni teori aku jer,k...Jangan diamalkan...Tapi ada kawan aku yang memang kaki memanjat Gunung Kinabalu ni bagitau, kalau di KK cerah, di Gunung Kinabalu mesti hujan. Kalau di Gunung cerah, maksudnya KK pulak hujan. Yang tu aku tak pasti, mungkin diaorang dah buat survey kot.
                                                                                                                                                                                                   
Sempat sengih walaupun dah start mabuk
Kami singgah sebentar di Nabalu untuk membeli cenderamata dan walking stick sebelum tiba di Mersilau. Belum apa-apa dah beli souvenier ek. Sebab masa balik nanti, kami dah tak singgah sini.
Aku sempat rembat sehelai tshirt di sini. Aku rasa harganya RM20 kalau tak silap. Banyak anjinglah kat sini. Anjing ni tak kacau orang, tapi takutlah jugak kot-kot kene kejar.
           
Ada insiden yang aku tak boleh lupa masa kami dah nak sampai ke Mersilau. Jalan menuju ke Mersilau Nature Resort ni mencanak ke atas bukit. Van memang tak boleh nak laju masa ni. Skali ada satu van yang bawak semua peserta lelaki tak boleh naik bukit. Last-last dieorang kene turun menapak sebab berat. Kami yang kat belakang ni memang dah gelak sakan. Tulah, buat naya lagi dengan kami, suruh kami naik satu van dengan big boss. Sekarang van sapa yang tak boleh naik bukit.
Kami sampai di Mesilau Nature Resort lebih kurang pukul 4.30 petang. Cantik tempat nih.

http://traveltosabah.blogspot.com/2011/04/mesilau-nature-resort-hotel.html

Turun-turun van, posing-posing dulu.
                        

Our group

Tengah briefing tentang tentatif kami di sini

Tak sabar nak masuk bilik dah time ni.
Kami check in di Bishop's Head Resthouse dulu, ambil kunci bilik masing-masing. Dah setel urusan penginapan, kami pun masuklah ke bilik masing2. Satu bilik ada 4 orang.


Keadaan katil dalam dorm
Kredit to pemilik blog http:// n-hafizah@blogspot.com


Bishop's Head Resthouse
Kredit to pemilik blog http:// n-hafizah@blogspot.com
Kitaorang cepat2 berebut mandi shower panas. Kena berebut bilik air..Around 7.30 pm, kitaorang dah setel solat jamak&qasar maghrib isya', kitaorang turun makan..Sebenarnya lepas masuk dalam bilik, aku mencari-cari camera aku. Rupa-rupanya aku tertinggal di rumah Imah. Sebab tulah aku tak dapat capture keindahan tempat ni. Oh My Godddd!!!!!!!!Aku rasa nak menangis masa ni. Boleh pulak aku tertinggal camera di saat-saat genting macam ni. Gila tragik.

Aku cuba mengubat hati yang terluka dengan pujukan kawan ku. Kami turun dari bilik ke cafe untuk dinner. Menu malam tu steamboat yang best...Sejuk2 memang la sedap makan panas2...Dalam hati aku ni berdebar2 sangat. Nervous nak mendaki keesokkan harinya. Malam tu aku tak dapat nak lelapkan mata sangat..Mane dengan sejuknya. Mana dengan takutnya..Bercampur baur.

Siap ada beg tarik lagi amoi baju pink ni, nasib la die laju jugak panjat gunung.

Di depan tempat penginapan kami, Bishop Head Resthouse

Time ni around 7 or 6.30 am kalau tak silap. Kat Sabah memang cerah awal

Beautiful scenery in the morning

Tak nampak mana puncak
                                                                
Kami bawa beg-beg bersama menuju ke cafe. Di sini kami akan berkumpul, makan sarapan pagi dan ada briefing sebelum mendaki. Aku rasa makin cuak sampai nak makan pun takde selera sangat. Breakfast pagi tu not bad jugak, ada macam-macam. Scramble egg, toasted bread, porridge, roti canai, bihun goreng, nasi goreng, hash brown, baked bean. Takut nak makan banyak, sebab takut semput nak naik mendaki.

Sorry guys, memang takde gambar sebab takde sape nak snap masa ni. Dah kata kamera den tertinggal. Tinggal memori jerlah. Lepas makan, kami menimbang backpack masing-masing untuk diberikan kepada porter. Aku share beg aku dengan my partner. Jimat sikit. Beg aku akan ditinggalkan di bawah, beg kawan aku akan dibawa naik hingga ke Laban Rata. Satu beg lebih kurang RM50, naik dan turun. Kami hanya membawa beg galas kecil dibelakang bersama botol air dan first aid kits.







                                       
                                                 

Saturday, January 15, 2011

Protected by Copyscape Web Copyright Protection Software

Back to Beijing again

Tasik Beku @ Forbidden City

Pose depan tasik yang beku lepas kuar dari Forbidden City

Before massage kene rendam kaki busuk dulu
                                                                          

Pakaian Maharani suatu ketika dulu - masa ni melawta tempat pembuatan Silk
                                                  
Snow Time


Last night before balik, snow turun dengan lebatnya...Pengalaman yang aku xdapat lupakan....

                                     


                                                                                             Me and snow

Happy sangat aku masa ni, tengok snow turun
                                                                    

Last day before go back
                                                                               


Aku dengan geng-geng ofis




Sayang rasa nak tinggalkan salji tu
                                                                       

Budget aku pegi ke sana not include tix price la ye...


1)RM 60/70 utk visa
2)Trip melebihi 10 orang, cuma terlebih sorang, pakej RM 260 seorang, kitaorang amek Daun Hijau Travel agen. Trip include transportation, accomodation and makan. Sbb tu aku xrisau sangat pasal duit.
3)Aku cuma bawak RM 300 = 600 RMB
4)Aku xshopping apa sangat, cuma beli winter coat dgn harga RM100=200RMB(yg aku pakai warna hitam ni)
5)Maybe this is first and last time aku pergi Beijing ni. Aku xsuka dengan penjual2 kat sana sbb aku rasa takut. Habis aku kene tarik mase membeli belah...sakit tangan aku...rakyat dieorang ni memang ganaz la...

Voice Out.......

Before aku continue dengan cerita travelling aku...aku nak story pasal cite minggu ni...aku memang teramat stress mggu ni rasenya...
Di ofis, ade makhluk yang cuba menganggu gugat hidup aku...aku cuba buat2 happy walaupun aku xhappy sgt skrg...masalah org2 yg ku carpool...hmm salah seorg aku tau lah boss, tp mcm xde otak nak pk (kdg2 aku rase mcm berlagak jer lebih)...
Then skrg yg paling aku xsuke, byk sgt no2 pelik yang call no aku, nak insurance kredit card la...mentang2 aku dh hbs byr hutang...then ade pulak mamat mane aku xkenal tanye aku how to protect your saving...

Semakin byk no2 yg aku masuk dlm screen list...aku benci org2 yg suka nak promote aku benda2 mengarut ni...aku dh terkena skali about kredit card, nasib aku boleh buat report kata aku xnak benda tu..padan muka...puas sgt hati aku...kalau x bodoh jer aku kene byr rm 600 bulat2...sejak tu aku mmg beware....aku dh ade insurance, xperlu nak promote byk2 sgt dh...klu aku nak gune ape2 product tu, aku tau mane aku nak cari...lps tu org yg pandai2 call aku tanye psl tiket tetibe disappear...sgt skt ht rase....dont take for granted...u get my no then ko pg promote kt org suruh promote kt aku mcm2....aku xberminat nak berurusan dgn org mcm tu...

sorry guys...aku betul2 emo mmgu ni...sakit hati sgt...aku try push myself utk attend aerobic class jgk utk pujuk diri aku balik...try to make myself happy dgn meng'update' blog aku ni...baik aku pk mcm mane nak berjalan dr benda2 mengarut yg lain...

aku try berjimat semampu boleh supaya aku dpt travel, even with budget or low cost travel, aku xkisah, janji aku dpt smp kt tmpt org, dpt kutip mcm2 pengalaman kt sana, benda tu dh buat aku cukup happy n aku xkacau hidup org.....

Tuesday, January 11, 2011

Beijing Lagi

Wang Fu Jing area - ala-ala Pavillion kita. Barang-barang agak mahal di sini

Jam CITIZEN yang sangat besar

                         

                                                          
Aku bersama isteri officemate

Sejuk hingga ke tulang hitam di sini

                                                                 
Our office group

                                                                       
Forbidden City Area

                                                                   

Bilik study Maharaja sebelum komunis mengambil alih China
                                    

Monday, January 10, 2011

Beijing (Feb 2010)

Aku tak ingat tempat ni nama apa, ktorg stop kat tempat ni utk lunch.Sementara menunggu yang lain sampai, aku n kwn2 aku dok posing2 kt sini..
                                                  View gunung ganang di Great Wall, China
                                  Excited betul aku masa mula2 dapat rasa snow...mmg best sgt
                                                                     Aku n kwn2 ofis aku.
                                                        Antara pintu masuk Great Wall, China
                                         Tengah tahan sejuk sebenarnya. Tu yang muka aku mcm tu..
                                                                 Posing atas Great Wall

                                                                         Tempat ski

Sunday, January 9, 2011

2010 memories...








                                     My journey start Dec 2009 - Pameran LIMA@Langkawi

2010
Jan 2010 - Kuala Terengganu

Di depan Masjid Kristal, Kuala Terengganu

              Bersama my housemate, yang hujung bertudung biru n kwn2 ofisnya yang sama-sama ke KT

                            Melawat ke Taman Monumen, Muzium Kesenian Islam, Kuala Terengganu


                                           Antara replika Masjid-masjid yang terdapat di sini


                                                      

                                                                                  
                                                  If not mistaken, ni replika Masjidil Haram
                                                                             



                                                               Macam betul2 kt Arab



                                                                   Replika Taj Mahal